Followers

Thursday, June 23, 2011

Mood Study :Apa itu Shutter Speed #1


Shutter Speed 

Shutter speed bermakna sebanyak mana cahaya memasuki kamera mengikut kadar masa atau kelajuannya. 

Kelajuan yg pantas akan membenarkan sedikit cahaya memasuki kamera dan boleh memberhentikan atau mengkakukan sesuatu pergerakan. 

Kelajuan yang lemah atau kurang, akan mendedahkan lebih banyak cahaya. 

Tapi ia tidak sesuai utk mengkakukan sesuatu pergerakan kerana kelajuan itu akan mengaburkan pergerakan objek tersebut. 

Sekiranya anda mahu memberhentikan larian seorang atlit, penunggang basikal atau apa saja objek yg bergerak, gunakan kelajuan yg pantas atau tinggi seperti 1/500 atau 1/1000 saat. 

Kelajuan pantas sebegini juga boleh membekukan percikan air atau kereta F1 di atas trek. Sebaliknya jika mahukan kesan khas pada gambar anda, gunakan kelajuan yg rendah seperti 1/50 atau 1/30 dan seterusnya. 

Kelajuan perlahan juga sesuai utk melakukan kaedah "panning", dengan mengambil gambar mengikut arah pergerakan subjek. Ia juga sesuai untuk mengambil gambar di waktu senja atau malam.



No comments: